MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519

Tuesday, May 14, 2013

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

Rawatan tanpa ubatan

1. Penjagaan diri umum

Jagaan kulit
  • Mandi setiap hari.
  • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
  • Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
Jagaan kaki
  • Cuci kaki anda setiap hari.
  • Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
  • Tukar stokin anda setiap hari.Jangan berjalan tanpa kasut.
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.


2. Penjagaan Gigi.

3. Pemeriksaan mata secara berkala.

4. Elakkan alkohol.

5. Berhenti merokok.

6. Mengawal pemakanan.

7. Mengawal berat badan.
8. Kerap bersenam.


Rawatan Normal
  1. Ubatan Ubatan Hospital.
  2. Ubat mengurangkan paras glukos.
  3. Penggunaan Insulin.



Thursday, February 7, 2013

SNE

Friday, January 25, 2013

Apakah yang ibubapa takutkan?


Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka akan membesar dengan lebih pantas dan sihat serta bebas daripada sebarang ancaman. Jika diberi pilihan, setiap ibubapa mendoakan anak mereka akan menjadi lebih cerdas dan cerdik serta menjadi yang terbaik diantara rakan sebaya mereka.

Pencemaran makanan dan persekitaran menyebabkan kemorosotan fungsi imun tubuh anak-anak kita. Fungsi imun tubuh badan menjadi lemah dan kemunculan jenis bakteria yang baru atau super-virus memburukkan lagi keadaan.Akibatnya, berkemungkinan besar kita perlu mengambil ubat-ubatan dalam jangkamasa panjang, menjalani pelbagai pemeriksaan atau pembedahan, masuk wad untuk tempoh yang lama dan sebagainya. Selain itu, persaingan sistem pendidikan dan kehidupan sosial kini semakin sengit. Ibubapa bimbang terhadap pendidikan dan masa depan anak mereka.

Akibatnya, ibubapa yang tidak sabar akan memberikan kelas tuisyen kepada anak mereka ataupun mendaftarkan mereka untuk pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Contohnya, kelas tarian, muzik, lukisan dan arithmatik serta pelbagai jenis kelas peningkatan diri demi meningkatkan tahap kecerdasan dan persaingan anak mereka. Namun begitu, ibubapa yang terlalu ghairah ini biasanya tidak prihatin terhadap kelesuan mental dan fizikal yang dihadapi oleh anak-anak mereka akibat daripada aktiviti-aktiviti sampingan yang keterlaluan ini. Maka, ibubapa juga takut bahawa anak mereka tidak cukup cergas atau berdaya saing.


Wis-D Essence yang merupakan salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan SNE akan membantu merealisasikan impian ibubapa untuk anak-anak mereka mencapai kesihatan dan kecerdasan mental yang optimum.

Wis-D Essence mengandungi manafaat ekstrak seperti berikut:-

1.Seabuckthorn padat dengan nutrient yang memanafaatkan tubuh kita seperti multi-vitamin, asid lemak, elemen surih dan pelbagai asid amino.

2.Lilin lebah mengandungi asid lemak, vitamin A dan sebagainya yang membantu meningkatkan fungsi imun.

3.Karotena membantu meningkatkan daya penglihatan dan kesihatan kulit sambil menyingkirkan radikal bebas.

4.Daun ginkgo biasanya digunakan untuk meningkatkan fungsi paru-paru dan membantu melegakan simptom batuk dan asma. Ia juga memiliki fungsi anti-koagulasi dan meningkatkan fungsi ingatan. Selain itu, ia merupakan antioksidan dan pengaut radikal bebas yang kuat.

5.Minyak kacang pain terbukti mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida, meningkatkan fungsi imun dan memiliki manfaat anti-kanser.

6.Stigma Crocus sativus membantu mengurangkan statis darah dan melancarkan peredaran darah. Ia membantu mengurangkan simptom kemurungan dengan menenangkan diri anda.

Oleh itu, kita haruslah memberikan Wis-D Essence kepada anak-anak kita (2 biji setiap pagi dan malam), agar tumbesaran mereka menjadi lebih sihat dan cerdas serta mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam hidup mereka.

Free Image Hosting at www.picturetrail.com

Tuesday, January 22, 2013

Kanser Kolon

Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.




Simptom-simptom  

Kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya: 
  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu 
  • Najis yang ‘sempit’ 
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit 
  •  Abdomen sakit apabila membuang air besar 
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya 
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya. 




Faktor-Faktor Risiko 
  • Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun. 
  • Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang. 
  • Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut. 
  • Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori. 
  •  Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak. 
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal. 
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini. 
  • Terlalu banyak mengambil alkohol.


AWAS NAJIS MERAH
 
 Dapatkan Nasihat Perubatan

Saturday, January 12, 2013

Penjagaan Jantung dengan Kapsul SNE dan Artercardy


Kapsul SNE
dan Artercardy Essence dirumus dengan minyak biji seabuckthorn liar Mangolia Dalam berasaskan gabungan penyelidikan yang unik dan diproses dengan kaedah pengekstrakan superkritikal Co² yan menepati piawaian kualiti antarabangsa.

Kapsul SNE padat dengan nutrien dan membantu membaikpulih sel-sel yang rosak. Juga, kandungan antioksidannya yang tinggi seperti vitamin A,C,E,SOD dan OPC melindungi sel-sel jantung daripada ancaman radikal bebas.

Artercardy Essence kaya dengan asid lemak seperti asid linolenik, asid arakidonik dan sebagainya. Ia membantu melegakan simptom dan ancaman yang berkait dengan penyakit kardiovaskular yang diakibatkan oleh tahap kolesterol yang tinggi.

Selain itu, pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal yang kerap dan menjauhkan diri daripada asap tembakau, pemilihan pemakanan yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengelakkan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam yang berlebihan membantu mengelakkan penularan penyakit kardiovaskular dan strok.




FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails
Photobucket
Daftar PERCUMA hari ini.