MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT

Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Thursday, July 22, 2010

Mencegah penyakit kardiovaskular


Menurut Lapuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kardiovaskular merupakan punca kematian utama sedunia. Menjelang tahun 2030, dianggarkan 23.6 juta kes kematian adalah diakibatkan oleh penyakit kardiovaskular dan peningkatan jumlah kematian akan direkodkan dikawasan Asia Tenggara.

Penyakit kardiovaskular merupakan penyakit yang melibatkan jantung dan salur darah. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular adalah:

Penyakit jantung koronari

Kegagalan peredaran koronari untuk membekalkan peredaran yang mengcukupi kepada otot kardium dan tisu-tisu sekelilingnya.

Penyakit serebrovaskular

Disfungsi otak yang berkait dengan penyakit salur darah yang membekalkan darah keotak.

Penyakit vaskular periferi

Termasuk semua penyakit yang berpunca daripada arteri utama anggota kaki dan tangan yang tersumbat.

Penyakit jantung reumatik

Kerosakan injap dan otot jantung akibat demam reumatik yang bermula dengan jangkitan streptokokus.

Penyakit jantung kongenital

Kecacatan dalam satu atau lebih struktur jantung atau salur darah sebelum lahir.

Trombosis vena dalam dan embolisme pulmonari

Gumpalan darah bebas dalam salur darah kaki yang diangkut ke bahagian jantung dan paru-paru.


Biasanya kejadian sakit jantung dan strok berlaku secara mendadak dan tiba-tiba disebabkan arteri koronari yang menghalang pengaliran darah ke jantung atau otak. Keadaan ini biasanya berpunca daripada pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah (aterosklerosis) yang membekalkan darah ke jantung dan otak. Strok terjadi apabila salur darah dalam otak pecah (strok hemoraj) atau tersumbat oleh bekuan darah mahupun bahan lain (strok iskemik).

Sesetengah penyakit kardiovaskular tidak menunjukkan sebarang simptom pada awal penularannya. Serangan sakit jantung atau strok mungkin merupakan amaran pertama kejadian penyakit terpendam yang lain.


Diantara simptom-simptom sakit jantung adalah:

  • Ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian tengah dada.

  • Ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian lengan, bahu kiri, siku, rahang atau bahagian belakang tubuh.




FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails