MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT

Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Monday, January 2, 2012

Buasir



Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 
 
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah. Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran
 
Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran  
mBuasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. 
 
 
PENYEBAB UTAMANYA
  • Sentiasa duduk 
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)  
  • Cirit-birit  
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama  
  • Batuk yang teruk  
  • Bersalin  
  • Mengangkat berat

PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
  1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. 
  2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.  
  3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan. Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails